Total Pageviews

Friday, December 17, 2010

Wasiat Raja Raja Melayu...

 
 Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum....ini merupakan post pertama hamba.hamba tak tahu nak tulis pasal apa.tiba tiba datang ilham untuk menulis tentang wasiat raja raja melayu memandangkan semakin ramai umat melayu yang semakin melupakan asal usul dan susur galur mereka.malah ada yang sanggup hendak menggadaikan ketuanan melayu yang telah nenek moyang kita pertahankan sejak dari dulu lagi.namun,selagi raja raja melayu masih bertakhta,selagi darah melayu masih mengalir di bumi ini,selagi bahasa melayu masih dituturkan,selagi agama islam diamalkan,ketuanan melayu sekali kali takkan terusik.hamba bukan hendak menuding jari kepada sesiapa,tetapi hanya untuk mengingatkan sahaja.
Berikut adalah 7 Wasiat Raja Raja Melayu yang diwariskan kepada kita......

1. Kami namakan dan kami panggil dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung,PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu,selain Gunung Ganang,Tasik,dan Hutan Simpan,TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 %,selebihnya kamu rebutlah bersama sama kaum lain.
3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu,kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4.Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA RAJA MELAYU memrintah negara ini.
5.Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
6.Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Oleh itu,marilah kita sama sama menghayati amanat dan wasiat Raja Raja Melayu ini.Wasiat ini dibuat untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara.Janganlah kita hendak menggadaikan maruah negara hanya untuk kepentingan politik semata mata.Tetapi utamakanlah perpaduan antara kaum dan bangsa di negara tercinta ini.Kebelakangan ini,Raja Raja Melayu telah mula bersuara untuk mempertahankan kedaulatan orang melayu.Antaranya,Raja Muda Perak yang mengingatkan bahawa betapa pentingnya semua rakyat Malaysia berpegang kepada wasiat ini.jika wasiat ini diingkari,maka satu bencana besar akan melanda negara kita ini
.
Raja Melayu selamat bertakhta,
Negara makmur bahagia sentosa,
Wasiat baginda jangan dilupa,
Supaya hidup aman sentiasa.

No comments:

Post a Comment