Total Pageviews

Sunday, December 19, 2010

Ketua Hakim Negara.

Ketua Hakim Negara atau Chief Justice of Malaysia merupakan ketua kepada bidang Perundangan negara.Jawatan ini juga dikenali sebagai Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.Gelaran Ketua Hakim Negara ini mula digunakan sejak tahun 1994.Sebelum itu,gelaran Lord President Of The Federal Court digunakan.Jawatan ini merupakan jawatan tertinggi di dalam sistem kehakiman negara dan juga di dalam Mahkamah Persekutuan.Jawatan Ketua Hakim Negara ini dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Berikut merupakan senarai Ketua Hakim Negara semenjak tahun 1963:
. YAA Tun Sir James Beveridge Thomson,S.S.M.,P.M.N.,P.J.K. (1963-1966).

.YAA Tun Syed Sheikh Hassan Barakbah,S.S.M.,P.M.N.,D.P.M.K.,P.S.B. (1966-1968).

.YAA Tun Mohamed Azmi bin Haji Mohamed,S.S.M.,P.M.N.,D.P.M.K.,P.S.B.,P.J.K.(1968-1974).

.YAA Tun Mohamed Suffian bin Haji Mohamed Hashim,S.S.M.,P.S.M.,S.P.C.M.,D.I.M.P.,J.M.N.,S.M.B.(Brunei),P.J.K. (1974-1982).

.DYMM YAA Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah,D.K.,D.K.M,D.M.N. (1982-1984).

.YAA Tun Mohamed Salleh bin Abas,S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,S.P.M.T.,D.P.M.T.,J.M.N.,S.M.T. (1984-1988).

.YAA Tun Abdul Hamid bin Haji Omar,S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,S.S.M.T.,S.I.M.T.,S.I.M.P.,S.P.M.S.,D.P.M.P.,P.M.P. (1988-1994).




.YAA Tun Mohd Eusuff bin Chin,S.S.M.,P.S.M.,S.P.C.M.,D.P.M.J.,D.P.M.K.,J.S.M.,S.M.J.(1994-2000).
.YAA Tun Mohamed Dzaiddin bin Haji Abdullah,S.S.M.,P.S.M.,S.P.C.M.,D.S.P.J.,D.P.M.P.,D.M.P.N. (2000-2003).

.YAA Tun Ahmad Fairuz bin Datuk Sheikh Abdul Halim,S.S.M.,P.S.M. (2003-2007).
.YAA Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,S.S.M. (2007-2008).
.YAA Tun Zaki bin Tun Azmi,S.S.M.,P.M.N. (2008-Sekarang).

DYMM Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mencipta sejarah sebagai Yang Dipertuan Agong pertama yang pernah menduduki kerusi Ketua Hakim Negara,Baginda dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke 5 pada 12 November 1982.Ketika itu baginda mash memegang jawatan sebagai Raja Muda Perak.Sebelum menjadi Ketua Hakim Negara,baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya bermula pada 1979 hingga 1982.Pada 1984,baginda meletakkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara kerana Baginda telah dimashyurkan sebagai Sultan Perak berikutan kemangkatan DYMM Sultan Idris Shah.

No comments:

Post a Comment