Total Pageviews

Saturday, December 18, 2010

Susunan Darjah Kebesaran Persekutuan..

Setiap tahun bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,baginda akan menganugerahkan Darjah Darjah Kebesaran dan Pingat Persekutuan kepada individu-individu yang berjasa pada negara.Hal ini untuk mengiktiraf sumbangan dan jasa individu-individu berkenaan.Antara gelaran yang terdapat dalam Darjah Kebesaran Persekutuan ini adalah gelaran TUN,TAN SRI, dan juga DATUK.Terdapat juga pingat-pingat yang tidak membawa apa-apa gelaran.Terdapat sedikit kekeliruan terhadap gelaran DATUK dan juga DATO'.DATUK sebenarnya gelaran bagi individu yang menerima darjah kebesaran persekutuan.Manakala DATO' pula bagi penerima darjah kebesaran negeri-negeri di Malaysia.Gelaran DATUK SERI merupakan gelaran daripada Darjah Kebesaran Negeri-Negeri.Ini kerana Darjah Kebesaran Persekutuan tidak memperuntukkan gelaran ini.Begitu juga dengan gelaran TUN dan TAN SRI.Kedua gelaran ini hanya diperuntukkan dalam Darjah Kebesaran Persekutuan dan tidak pada Darjah Kebesaran Negeri-Negeri.
Darjah Kebesaran Persekutuan terbahagi kepada beberapa famili.Terdapat 5 famili secara keseluruhannya.berikut merupakan senarai Darjah Kebesaran Persekutuan:

DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA
Dizahirkan pada 21 Ogos 1958.Terdapat 5 pangkat dan satu pingat di bawah famili ini.
Pangkat Pertama:     Seri Maharaja Mangku Negara(SMN)-Tun.
Pangkat Kedua:       Panglima Mangku Negara(PMN)-Tan Sri.
Pangkat Ketiga:       Johan Mangku Negara(JMN).
Pangkat Keempat:   Kesatria Mangku Negara(KMN).
Pangkat Kelima:      Ahli Mangku Negara(AMN).
Pangkat Keenam:    Pingat Pangkuan Negara(PPN).

Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Dizahirkan pada 30 Jun 1966.Terdapat 3 pangkat di bawah famili ini.
Pangkat Pertama:     Seri Setia Mahkota(SSM)-Tun.
Pangkat Kedua:       Panglima Setia Mahkota(PSM)-Tan Sri.
Pangkat Ketiga:       Johan Setia Mahkota(JSM).

Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja.
Dizahirkan pada 16 September 1965.terdapat 4 pangkat di bawah famili ini.
Pangkat Pertama:     Panglima Setia Diraja(PSD)-Datuk.
Pangkat Kedua:       Johan Setia Diraja(JSD).
Pangkat ketiga :       Kesatria Setia Diraja(KSD).
Pangkat Keempat:   Bentara Setia Diraja(BSD).


Darjah Bakti.
Hanya 1 pangkat dalam famili ini.
Darjah Bakti(DB).

Darjah Yang Mulia Jasa Negara.
Dizahirkan pada 2 Mei 1995.Hanya terdapat 1 pangkat sahaja.
Panglima Jasa Negara(PJN)-Datuk.

Beginilah senarai Darjah Kebesaran yang hamba tahu.Semua ini sekadar untuk pengetahuan am sahaja.Sesungguhnya bagi hamba Darjah Kebesaran ini melambangkan ketinggian dan kedaulatan Raja Raja Melayu.

Darjah Seri Mahararaja Mangku Negara(atas) dan Darjah Seri Setia Mahkota(bawah).

No comments:

Post a Comment